Tegur pelajar tidak beri perhatian dalam kelas, guru diterajang di muka

Tegur pelajar tidak beri perhatian dalam kelas, guru diterajang di muka

THERESIA Afrinsia Darna cedera pada muka dan hidung selepas ditendang pelajarnya dalam kejadian di Kupang, Nusa Tenggara Timur. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUPANG: Seorang guru wanita mengalami kecederaan pada muka dan hidung akibat ditendang seorang pelajar ketika sesi pembelajaran di sebuah sekolah di Kupang, Nusa Tenggara Timur.

Guru wanita yang dikenali sebagai Theresia Afrinsia Darna, 53, memaklumkan, kejadian berlaku ketika dia mengajar subjek sosiologi di dalam kelas kira-kira pukul 8 pagi waktu tempatan.

Katanya, insiden itu bermula selepas dia menegur pelajar berkenaan kerana tidak menumpukan perhatian, sebaliknya sibuk bercakap dengan rakan-rakannya sehingga mengganggu proses pembelajaran.

Namun, setelah ditegur, pelajar tersebut tidak mengendahkannya, malah terus berbual.

“Disebabkan itu, saya menghampirinya dan bertanya soalan mengenai subjek yang diajar.

“Belum sempat dia menjawab, pelajar itu terus memukul saya di bahagian muka dan hidung sebelum menendang saya,” katanya kepada Kompas.com.

Keadaan itu kemudiannya dileraikan pelajar lain.

Selepas kejadian itu, Theresia terus membuat laporan polis dan jurucakap polis Kupang mengesahkan mengenai kejadian tersebut.

Menurut polis, guru berkenaan sudah pun mendapatkan rawatan untuk kecederaannya dan pelajar tersebut dipanggil untuk disoal siasat.

“Polis turut menyoal beberapa saksi, malah ibu bapa pelajar itu juga sudah dipanggil bagi membantu siasatan,” jelas polis.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN