Sampai bila rakyat Palestin perlu ditindas Israel?

Sampai bila rakyat Palestin perlu ditindas Israel?

MAHMUD ABBAS memegang gambar mengenai kekejaman tentera Israel semasa UNGA di New York.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Presiden Palestin, Mahmud Abbas menegur masyarakat antarabangsa kerana membenarkan Israel meneruskan operasi pemusnahan di negara itu. 

Mahmud malah kecewa dengan komuniti antarabangsa yang dilihat membuat ‘pengecualian’ dengan membenarkan Israel bertindak sesuka hati terhadap rakyat Palestin. 

“Bagi pihak rakyat Palestin, saya ingin beritahu bahawa kepercayaan kami untuk mencapai keamanan berdasarkan keadilan makin merosot. 

“Adakah anda mahu memadamkan harapan yang tinggal?” soalnya ketika menyampaikan ucapan semasa Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA). 

Kenyataan itu dibuat sehari selepas Perdana Menteri Israel, Yair Lapid yang kononnya menyokong penyelesaian dua negara menerusi ucapaannya di podium UNGA.  

Namun, Mahmud bertegas ia perlu dibuktikan melalui rundingan segera bagi menunjukkan kredibiliti sebenar. 

“Israel telah memutuskan untuk tidak menjadi rakan kongsi dalam proses damai dan menjejaskan sebarang percubaan untuk mencari keamanan dengan menggunakan dasar yang memusnahkan penyelesaian dua negara.

“Ini jelas membuktikan Israel langsung tidak percaya dengan keamanan. Justeru, kami tidak lagi mempunyai rakan kongsi Israel yang boleh dibawa berbincang,” katanya. 

Menurut Abbas, Israel terbabit dalam kempen rampasan tanah di wilayah yang diduduki dan memberikan ‘kebebasan sepenuhnya’ kepada tentera untuk membunuh atau menggunakan kekerasan berlebihan terhadap rakyat Palestin. 

“Ini adalah kebenaran, mereka adalah rejim apartheid,” tegasnya.-AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya