Russia, Ukraine setuju bertukar 200 banduan - Erdogan - Utusan Malaysia

Russia, Ukraine setuju bertukar 200 banduan – Erdogan

RECEP TAYYIP ERDOGAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISTANBUL: Russia dan Ukraine menyatakan persetujuan untuk bertukar seramai 200 banduan, dalam satu program pertukaran tahanan terbesar sepanjang konflik selama tujuh bulan.

Perkara itu dimaklumkan oleh Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan dalam temubual di saluran televisyen PBS.

Erdogan membuat pengumuman itu selepas mengadakan perbincangan dengan Presiden Russia, Vladimir Putin di luar sidang kemuncak serantau di Uzbekistan, minggu lalu.

Beliau bagaimanapun tidak memperincikan butiran lanjut mengenai pertukaran itu, dan hanya menggelar individu berkenaan sebagai `tebusan’ serta tidak menyatakan jumlah banduan terlibat dari setiap pihak.

“Seramai 200 tebusan akan ditukar atas persetujuan antara kedua-dua pihak. Saya rasa langkah penting akan dilaksanakan,” katanya dalam temubual itu.

Turkiye cuba kekal berkecuali dalam konflik membabitkan Russia-Ukraine, dengan membekalkan dron tempur ke Kyiv dan menjauhi sekatan Barat ke atas Moscow.

Sementara itu, menurut Erdogan, beliau mempunyai tanggapan bahawa Putin bersedia menamatkan konflik tersebut.

“Kami mengadakan perbincangan mengenai pelbagai isu dan beliau sebenarnya menunjukkan kesanggupan untuk menamatkan konflik ini secepat mungkin.

“Itu hanyalah tanggapan saya kerana situasi yang berlaku ketika ini agak bermasalah,” katanya. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN