Russia paksa rakyat di empat wilayah mengundi keluar dari Ukraine?

Russia paksa rakyat di empat wilayah mengundi keluar dari Ukraine?

AHLI jawatankuasa pemilihan mengira kertas undi di stesen pengundian di Donetsk, Ukraine. -AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KYIV: Segelintir rakyat Ukraine di empat wilayah di Donetsk, Luhansk, Zaporizhia dan Kherson mendakwa mereka dipaksa mengundi keluar dari negara itu untuk menjadi sebahagian dari wilayah Russia.

Reuters melaporkan orang ramai dikatakan dipaksa memangkah kertas undi di jalan oleh pegawai yang mengelilingi mereka sambil mengacukan pistol.

Rakaman semasa latihan menunjukkan pegawai membawa peti undi dari rumah ke rumah dengan kelibat lelaki bersenjata di belakang.

Lyubomir Boyko, 43, dari Golo Pristan iaitu sebuah perkampungan yang dikuasai Russia di wilayah Kherson memberitahu dia sudah mengetahui keputusan undian tanpa perlu menunggu tempoh selama lima hari.

“Mereka boleh umumkan apa sahaja yang dimahukan. Tiada siapa yang mengundi dalam referendum kecuali beberapa orang yang bertukar pihak.

“Mereka pergi rumah ke rumah, tetapi tiada sesiapa yang keluar,” katanya.

Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky turut mengesahkan rakyatnya terpaksa mengisi beberapa kertas undi sambil diancam dengan senapang ringan.

“Di hadapan mata seluruh dunia, Russia sedang menjalankan referendum palsu di wilayah yang diduduki di Ukraine,” katanya.

Zelensky juga berusaha mendapatkan sokongan antarabangsa terhadap kemungkinan penggabungan Russia dalam beberapa siri panggilan dengan pemimpin asing termasuk Britain, Kanada, Jerman dan Turki.

“Terima kasih semua atas sokongan anda yang jelas dan tidak berbelah bahagi serta memahami kedudukan kami,” jelasnya.

Bagaimanapun, Russia menjelaskan proses pengundian dijalankan secara sukarela, selaras undang-undang antarabangsa dan peratusan keluar mengundi adalah tinggi.

Referendum itu ditolak di seluruh dunia termasuk pengambilalihan Crimea oleh Russia pada 2014 di Ukraine.

Dalam pada itu, Amerika Syarikat memaklumkan akan mengenakan ‘sekatan ekonomi yang lebih ketat’ terhadap Moscow disebabkan referendum itu.

Pegawai Kesatuan Eropah juga mencadangkan lebih banyak sekatan terhadap Russia, tetapi 27 negara anggota blok itu perlu mengatasi perbezaan mereka sendiri untuk melaksanakannya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya