Russia bebas 28,000 banduan bantu perang di Ukraine

Russia bebas 28,000 banduan bantu perang di Ukraine

KETUA tentera persendirian Wagner, Yevgeny Progozhin dikelilingi banduan yang ditawarkan bebas dari penjara dengan misi khas.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW: Lebih 28,000 banduan termasuk pembunuh dan perogol didakwa dibebaskan dari penjara untuk berjuang demi Russia.

Setakat ini, skim tersebut sudah membebaskan lebih lima peratus daripada keseluruhan penghuni penjara lelaki di negara itu, lapor Daily Mail.

Difahamkan, langkah itu dibuat ketika Kremlin meningkatkan pengambilan banduan selepas mengalami kekalahan memalukan terhadap tentera Ukraine di timur negara itu.

Sekiranya benar, tawaran itu saling tidak tumpah seperti drama bersiri popular Korea Selatan, Squid Games.

Angka tersebut didedahkan saluran bebas Volya dalam Telegram yang jauh lebih tinggi daripada anggaran banduan yang dibebaskan sebelum ini.

Awal minggu ini, sebuah video menunjukkan oligarki, Yevgeny Prigozhin yang rapat dengan Presiden Russia, Vladimir Putin menawarkan pengampunan kepada pelaku jenayah sekiranya mereka mampu berjuang di Ukraine selama enam bulan.

Sebuah video baharu minggu ini pula menunjukkan 400 banduan sukarela menaiki van penjara ke kem latihan asas.

Kebanyakan banduan hanya dibekalkan latihan ‘sambil lewa’ sebelum dihantar ke pertempuran barisan hadapan sebagai tentera penyerang dengan jaminan kelangsungan hidup adalah sangat rendah.

Banduan diberi amaran mereka akan ditembak sebagai balasan hukuman mati sekiranya meninggalkan kawasan pertempuran.

Banduan yang memilih berjuang untuk Putin dihantar ke kem tentera persendirian Wagner yang dikawal oleh Prigozhin di bawah perintah tentera Kementerian Pertahanan Russia di Ukraine.

Menerusi video itu, Prigozhin mengaku dia adalah ketua yang mewakili tentera peribadi Wagner yang dikerahkan oleh Putin di Ukraine.

Sebelum ini, dia menafikan mempunyai kaitan dengan Wagner yang diketahui sudah merekrut ribuan banduan ketika Russia mengerahkan banduan paling berbahaya sebagai pejuang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya