Ratu Elizabeth II mangkat

Ratu Elizabeth II mangkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Ratu Elizabeth II pemimpin yang paling lama berkhidmat dalam monarki Britain mangkat pada usia 96 tahun, hari ini.

Baginda yang memimpin negara sejak 70 tahun lalu dimasukkan ke hospital sejak semalam.

Anggota kerabat diraja bergegas untuk berada di sisi Ratu Elizabeth selepas pasukan perubatan bimbang keadaan kesihatan baginda.

Justeru, baginda dinasihatkan kekal di bawah pemantauan perubatan.

Berita kemangkatan Ratu Britain itu dimaklumkan oleh Istana Buckingham dalam kenyataan ringkas yang turut menyatakan tempoh berkabung seluruh negara selama 10 hari.

“Ratu mangkat dalam keadaan tenang di Istana Balmoral (Scotland) tengah hari tadi selepas 70 tahun bertakhta,” katanya.

Ratu Elizabeth yang menaiki takhta sebagai Raja melakar sejarah sebagai pewaris takhta tertua dalam sejarah Britain.-BBC

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya