Ramai pilih era Ratu Elizabeth, Raja Charles III tidak digemari?

Ramai pilih era Ratu Elizabeth, Raja Charles III tidak digemari?

RAJA Britain, Raja Charles III berdiri di hadapan keranda bondanya, Ratu Elizabeth di Gereja St Giles di Edinburgh, United Kingdom. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Seluruh dunia meratapi kemangkatan Ratu Britain, Ratu Elizabeth II dengan hampir semua pemimpin negara menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga monarki itu.

Namun, di beberapa negara bekas tanah jajahan British pula, persoalan timbul mengenai masa depan monarki Britain itu.

Kemangkatan Ratu Elizabeth menyaksikan Raja Charles III menaiki takhta dan keadaan itu menyebabkan ramai ahli politik serta aktivis di Carribean menggesa baginda ‘disingkirkan’ sebagai ketua negara mereka.

Malah, tindakan itu secara tidak langsung menunjukkan negara-negara lebih suka kekal dalam lingkungan Britain di bawah pengaruh Ratu Elizabeth berbanding anaknya, Raja Charles.

Keadaan itu secara tidak langsung menjadikan pelbagai pihak akan mempersoalkan keupayaannya dalam monarki Britain, selain sering dibandingkan dengan mendiang ibunya.

NEGARA NAUNGAN

Negara Komanwel merangkumi 56 negara merdeka dengan 2.4 bilion penduduk.

Daripada jumlah itu, sebanyak 14 negara merupakan sebahagian daripada Commonwealth realms yang menjadikan monarki Britain sebagai pemimpin negara.

Selain United Kingdom (UK), negara-negara itu terdiri daripada Antigua dan Barbuda, Australia, Bahamas, Belize, Kanada, Grenada, Jamaica, New Zealand, Papua New Guinea, Saint Kitts dan Nevis, Saint Lucia, Saint Vincent dan Grenadines, Kepulauan Solomon dan Tuvalu.

Negara-negara lain pula menjadi merdeka selepas Ratu Elizabeth menaiki takhta pada tahun 1952, malah ramai yang menamatkan pemerintahan beraja.

Pada sidang kemuncak 2018, para pemimpin Komanwel mengesahkan Raja Charles akan menggantikan Ratu Elizabeth sebagai ketua negara selepas kemangkatan baginda.

Bagaimanapun, gesaan untuk perubahan semakin meningkat di tengah-tengah Commonwealth realms dan beberapa negara yang menyuarakan hasrat untuk menjadi negara republik.

NEGARA PERTIMBANG PERUBAHAN

Setakat ini, negara yang mahu perubahan adalah Antigua dan Barbuda, Jamaica, Saint Vincent dan the Grenadines.

Sejurus selepas Raja Charles disahkan menjadi raja bagi Antigua dan Barbuda, Perdana Menteri, Gaston Browne berkata, pihaknya berhasrat untuk mengadakan `referendum republik’ dalam tempoh tiga tahun akan datang.

“Ini bukan tindakan menentang atau sebarang perbezaan antara Antigua dan Barbuda serta monarki.

“Namun, ia merupakan langkah terakhir untuk melengkapkan kemerdekaan itu,” katanya kepada ITV News.

Gesaan untuk perubahan juga semakin meningkat di Jamaica yang mana Perdana Menteri Andrew Holness memaklumkan pada Mac lalu bahawa negara itu `bergerak ke hadapan’ sebagai sebuah negara merdeka.

Satu tinjuan dijalankan pada Ogos lalu menunjukkan 56 peratus rakyat Jamaica menyokong penyingkiran monarki Britain sebagai ketua negara.

Di Saint Vincent dan Grenadines pula, Perdana Menteri Ralph Gonsalves mengemukakan referendum pada Julai lalu namun beliau menegaskan hanya akan meneruskannya sekiranya mendapat sokongan dua parti.

Sebelum ini, keluarga diraja pernah menyatakan bahawa mereka tidak akan menghalangnya.

MAHU KEKAL DI BAWAH MONARKI BRITAIN

Setakat ini, Australia, Kanada, New Zealand, Papua New Guinea, Kepulauan Solomon dan Tuvalu mahu kekal dibawah pemerintahan monarki Britain.

Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern baru-baru ini berkata, kerajaannya tidak akan meneruskan untuk menjadi sebuah negara republik susulan kemangkatan Ratu Elizabeth.

Di Kanada pula, Perdana Menteri Justin Trudeau mengesahkan kesetiaan negara itu kepada Raja Charles.

Pemimpin di Papua New Guinea, Kepulauan Solomon dan Tuvalu juga menyatakan sokongan mereka kepada monarki Britain sejak beberapa hari kebelakangan ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN