Protes pemakaian tudung di Iran kian meruncing, 8 nyawa 'melayang'

Protes pemakaian tudung di Iran kian meruncing, 17 nyawa ‘melayang’

PENUNJUK perasaan berhimpun dan merusuh di Teheran sebagai protes terhadap kematian seorang wanita yang didakwa dipukul polis ketika dalam tahanan. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUBAI: Pihak berkuasa Iran dan kumpulan hak asasi Kurdish melaporkan sebanyak 17 kematian termasuk anggota polis dan militia prokerajaan selepas bertempur dengan penunjuk perasaan yang merusuh berikutan kematian seorang wanita dalam tahanan kerana didakwa tidak memakai tudung secara sempurna.

Protes yang masuk hari kelima itu menyaksikan rakyat Iran terus menzahirkan rasa marah dan tidak puas hati dengan kematian Mahsa Amini, 22, yang sebelum itu ditahan polis moral di Teheran.

Mahsa dimasukkan ke unit rawatan rapi sebuah hospital sehari selepas ditahan pihak berkuasa sebelum meninggal dunia.

Media Iran melaporkan, empat orang lagi maut dalam tempoh dua hari lalu, menjadikan jumlah korban keseluruhan sebanyak lapan kematian.

Protes yang awalnya tertumpu di kawasan majoriti Kurdish di Iran sebelum merebak ke 50 bandar lain di seluruh negara disifatkan yang terbesar sejak gelombang demonstrasi membantah lonjakan harga petrol pada 2019.

Kumpulan hak asasi Kurdish, Hengaw mendakwa, sejak protes itu diadakan Sabtu lalu, seramai 10 penunjuk perasaan maut.

Dalam pada itu, pihak berkuasa menafikan laporan menembak mati penunjuk perasaan dan memaklumkan kemungkinan mereka diserang kumpulan bersenjata.

Selain itu, pihak berkuasa negara ini dilaporkan menyekat perkhidmatan internet, termasuk aplikasi Whatsapp dan media sosial yang lain bagi meredakan situasi. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya