Polis Thailand kejar suspek dadah sejauh 52 km

Polis Thailand kejar suspek dadah sejauh 52 km

POLIS berjaya memberkas tiga suspek dadah selepas aksi kejar-mengejar di selatan Thailand. -THEPHUKET
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PHUKET: Anggota polis terpaksa mengejar kereta yang dipandu suspek dadah sejauh 52 kilometer dari Lang Suan di wilayah Chumphon ke Than Chana di wilayah Surat Thani, Rabu lalu.  

Lapor Thaiger, usaha itu berbaloi selepas polis menemukan dua juta pil methamphetamine di dalam kereta tersebut. 

Pemandu berusia 21 tahun, Naris Petch Petchkam mengaku dia merancang untuk menghantar pil tersebut kepada seorang wanita di Nakhon Si Thammarat di wilayah selatan Thailand. 

Suspek juga mengaku dibayar 40,000 baht (RM4,800) setiap kali dia menghantar dadah tersebut.  

Katanya, dia berjaya membuat penghantaran dadah sebanyak dua kali sebelum ini. 

“Kesemua tiga suspek berdepan pertuduhan pemilikan haram dadah Kategori 1 dan polis turut menyiasat hubungan pemandu dengan pembekal dadah,” katanya. 

Methamphetamine merupakan narkotik terlarang paling popular, murah dan mudah didapati di Thailand serta seluruh Asia Tenggara.

April lalu, polis Thailand menahan lebih 120,000 suspek dadah dalam tempoh enam bulan. 

Lebih 260 juta pil dadah termasuk methamphetamine berjaya dirampas melibatkan 2.4 bilion baht (RM292 juta) aset. 

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pula melaporkan lebih satu bilion pil tersebut berjaya dirampas di timur dan Asia Tenggara, tahun lalu. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN