Pengarah filem terkenal Perancis meninggal dunia

Pengarah filem terkenal Perancis meninggal dunia

JEAN-LUC GODARD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERN: Pengarah filem terkenal kelahiran Perancis, Jean-Luc Godard meninggal dunia di sisi keluarganya di sebuah kediaman di Tasik Geneva, Switzerland.

The Guardian melaporkan Godard yang berusia 91 tahun menghembuskan nafas terakhir akibat komplikasi pelbagai masalah kesihatan di sisi isterinya, Anne-Marie Mieville.

Mendiang yang dianggap sebagai ‘kamus’ pemain industri perfileman dilihat sebagai seorang yang cukup santai dengan berkaca mata tebal dan rambut kusut masai.

Pelopor pergerakan seni perfileman Perancis era 60an mula meledak selepas naskhah arahannya, Breathless dan Contempt berjaya mengubah pemikiran pengarah generasi ketika itu.

Sehingga kini, Godard sudah berjaya menghasilkan lebih 100 judul filem bertemakan politik dan sosialisme.

Dilahirkan pada 3 Disember 1930, sutradara itu sering menjentik idea di luar kotak dalam penghasilan filem seperti Le Petit Soldat, Goodbye to Language dan Praise of Love.

Pemergian sebutir bintang berharga dalam industri perfileman yang melakar nama dalam pelbagai anugerah itu mendapat perhatian Presiden Perancis, Emmanuel Macron.

“Kita kehilangan khazanah negara dan mata seorang genius. Godard adalah ‘pakar’ filem dari Nouvelle Vague,” ciapnya dalam Twitter.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN