NGO bertegas jual kokain, methamphetamine di Kanada - Utusan Malaysia

NGO bertegas jual kokain, methamphetamine di Kanada

PENDUDUK menunjukkan bungkusan kotak mengandungi kokain, methamphetamine dan heroin yang diagihkan dalam satu acara di Vancouver pada 2021. - CBC  
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

OTTAWA: Sebuah kumpulan advokasi di Kanada bertegas untuk terus menjual dadah jenis kokain, methamphetamine dan heroin dalam bentuk tulen kepada penduduk negara itu ketika krisis pengambilan dadah berlebihan melanda negara itu. 

Tindakan itu bertentangan dengan perintah dikeluarkan oleh Kerajaan Persekutuan yang melarang penjualan bahan terlarang itu.

Lapor The Guardian, pengasas bersama Drug Users Liberation Front, Eris Nyx berkata, langkah itu merupakan satu-satunya cara untuk menyelamatkan nyawa di tengah-tengah krisis dadah di seluruh negara.

“Kami terpaksa mengambil keputusan demikian kerana amat terdesak,” katanya.

Lebih 10,000 orang meninggal dunia akibat pengambilan dadah berlebihan di British Colombia sejak tempoh enam tahun lalu.

Malah, sebahagian besar kematian itu berpunca daripada kandungan dadah `dicemari’ yang dijual di jalanan.

Menurut kumpulan itu, pihaknya merancang untuk memfailkan permohonan mencabar keputusan agensi kesihatan awam Kanada di mahkamah agung selepas cadangan membekalkan dadah dalam bentuk tulen kepada pengguna ditolak. 

Baru-baru ini, kumpulan Drug Users Liberation Front dan Vancouver Area Network of Drug Users memohon agensi kesihatan awam Kanada membenarkan pengecualian kepada Akta Dadah dan Bahan Kawalan yang membenarkan pembelian dan penjualan dadah.

Permohonan itu mendapat sokongan pelbagai pihak berkaitan termasuk daripada Majlis Perbandaran Vancouver dan agensi kesihatan Pantai Vancouver.

Kumpulan tersebut juga memohon geran untuk membeli dadah menerusi web gelap atau `darkweb’ bagi membolehkan mereka menguji dan mengedarkan kepada pengguna.

Bagaimanapun, agensi kesihatan awam Kanada menolak permohonan kumpulan itu kerana wujudnya risiko kesihatan dan keselamatan awam berkaitan.    

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya