Liz Truss dipilih jadi PM Britain yang baharu

Liz Truss dipilih jadi PM Britain baharu

LIZ TRUSS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Menteri Luar Britain, Liz Truss diumumkan sebagai Perdana Menteri Britain baharu bagi menggantikan Boris Johnson.

Pelantikan itu dibuat ketika negara ini berdepan krisis kos sara hidup, ketidakstabilan industri dan inflasi tinggi.

Selepas persaingan sengit sejak berminggu-minggu lalu, Truss berjaya menewaskan bekas Menteri Kewangan, Rishi Sunak dengan meraih 81,326 undian berbanding pencabarnya 60,399 undi.

Truss sebelum ini memaklumkan, beliau berjanji untuk menangani krisis ekonomi dengan menggalakkan pertumbuhan menerusi rangka tindakan segera membendung kenaikan bil elektrik serta meningkatkan bekalan tenaga sekiranya dipilih sebagai perdana menteri baharu.

Menerusi penulisannya dalam akhbar Sunday Telegraph, Truss mengulangi ikrarnya untuk menangani masalah ekonomi Britain secara lebih lantang, terutamanya ketika negara ini bergelut dengan inflasi dua digit, sekali gus berdepan kemelesetan dalam tempoh terdekat.

Truss juga menyifatkan beliau ‘amat memahami betapa mencabarnya krisis kos sara hidup untuk semua lapisan masyarakat’ dan sehubungan itu, beliau akan merancang tindakan tegas bagi memastikan setiap keluarga dan pengusaha perniagaan dapat mengharungi musim sejuk tahun ini dengan lebih lancar.

“Pada minggu pertama pentadbiran, saya akan merangka tindakan segera bagi mengurangkan beban rakyat berhubung bil elektrik dan bekalan tenaga.

“Saya akan tampil dengan lebih banyak pelan dan pakej yang meluas bagi membendung masalah ekonomi,” tulisnya dalam akhbar tersebut. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN