Lelaki parah ditikam kerana bercakap terlalu kuat - Utusan Malaysia

Lelaki parah ditikam kerana bercakap terlalu kuat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PATTAYA: Gara-gara membuat bising pada waktu malam, seorang lelaki cedera parah apabila ditikam individu tidak dikenali di kawasan pantai, di sini kelmarin.

Lapor thethaiger, mangsa yang dikenali sebagai Narintorn sedang bersantai di tepi pantai bersama rakan-rakannya apabila seorang lelaki keluar dari khemah dan menyuruhnya bercakap lebih perlahan.

Narintorn kemudiannya berang dengan teguran itu dan meminta lelaki tersebut jangan masuk campur urusannya.

Suslan itu, lelaki tersebut mengeluarkan pisau dan menikam suspek di bahagian dada, sebelum melarikan diri.

Pasukan keselamatan dan paramedik dikerah ke lokasi kejadian.

Mereka menemukam Narintorn dalam keadaan berlumuran darah dan dia dikejarkan ke hospital berhampiran.

Dalam pada itu, polis masih menyiasat kes tersebut dan mengesan suspek.

Kejadian itu bukan yang pertama melibatkan pergaduhan disebabkan bunyi bising di Thailand.

Pada Julai lalu, seorang lelaki didakwa menembak mati anak tirinya kerana memasang muzik terlalu kuat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya