Lelaki Jepun dibayar RM319 sejam, hanya jadi 'peneman'

Lelaki Jepun dibayar RM319 sejam, hanya jadi ‘peneman’

SHOJI Morimoto (kanan) bertemu pelanggannya di sebuah restoran di Tokyo. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Kos sara hidup yang tinggi dengan inflasi yang dijangka meningkat membuatkan penduduk dunia semakin kreatif mencipta pekerjaan.

Seorang lelaki di Jepun, Shoji Morimoto menawarkan perkhidmatan untuk menemani pelanggan dengan caj bayaran 10,000 yen (RM319) sejam bagi setiap sesi.

Pekerjaannya itu tidak menuntut dia berbuat apa-apa, melainkan hanya perlu menjawab soalan yang ditanya pelanggan yang menyewa perkhidmatannya.

Pendek kata, dia tidak perlu memulakan perbualan tetapi jika diminta memberikan pandangan, dia tidak menolak untuk bercakap mengenainya.

“Tugas saya diperlukan untuk menemani pelanggan yang menyewa untuk tempoh tertentu.

“Saya hanya perlu duduk diam, menjawab soalan dengan jawapan ringkas apabila diajukan soalan,” katanya.

Morimoto mengiklankan perkhidmatan tersebut sejak 2018 dalam Twitter.

Antara skop kerja yang dilakukan antaranya adalah menemai pelanggan ke majlis, menikmati makanan di restoran dan menjadi pendengar sekiranya penyewa berdepan masalah.

Lelaki itu pernah ditawarkan menjadi teman bergurau, membersihkan rumah dan peneman ke rumah hantu.

Sehingga kini, Morimoto sudah bertemu dengan 4,000 pelanggan yang memerlukan perkhidmatannya.

“Ramai pelanggan yang sunyi dan memerlukan peneman tanpa perlu berbual.

“Ada juga yang segan nak keluar seorang diri tanpa teman kerana bimbang dengan pandangan orang ramai.

“Malah, ada pernah meminta ‘perkhidmatan tidak bermoral’ seperti berbogel, namun, saya menolaknya dengan cara baik,” katanya. – REUTERS/AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.