Lelaki Arab dakwa pernah berkahwin 53 kali - Utusan Malaysia

Lelaki Arab dakwa pernah berkahwin 53 kali

ABU ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIYADH: Seorang lelaki Arab Saudi berusia 63 tahun mendakwa sudah berkahwin sebanyak 53 kali sepanjang hidupnya.

Lelaki yang dikenali sebagai Abu Abdullah memberitahu matlamatnya berkahwin adalah demi kestabilan dan ketenangan fikiran, bukan kerana kepuasan peribadi.

Ketika ditemu bual stesen televisyen tempatan MBC, dia berkata, perkahwinan kali pertama adalah ketika usia 20 tahun dan wanita itu enam tahun lebih tua daripadanya.

Katanya, dia memutuskan untuk berkahwin lagi pada usia 23 tahun dan memaklumkan kepada isteri pertama.

Selepas berlaku masalah antara isteri pertama dan kedua, dia memilih untuk berkahwin kali ketiga dan keempat.

“Saya berkahwin banyak kali kerana ingin mencari isteri yang boleh membahagiakan saya dan berusaha berlaku adil kepada semua isteri.

“Setiap lelaki di dunia ini mahukan seorang wanita dan kekal bersama hingga selamanya. Kestabilan tidak boleh didapati daripada wanita muda, tetapi wanita yang lebih berusia,” katanya.

Menurut Abu, kebanyakan wanita yang dikahwininya adalah warga Arab Saudi.

Katanya, perkahwinan paling singkat adalah selama satu malam dan paling lama bertahan selama 25 tahun.

Namun, dia juga pernah berkahwin dengan wanita asing ketika lawatan perniagaan ke luar negara.

“Saya selalunya tinggal di luar negara dalam tempoh tiga ke empat bulan. Jadi, saya berkahwin untuk mengelakkan maksiat,” katanya.

Lelaki itu kini hanya mempunyai seorang isteri dan tidak berhasrat untuk berkahwin lagi.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya