Kucing hilang di Bangkok, ditemukan 1,000 km di Hat Yai - Utusan Malaysia

Kucing hilang di Bangkok, ditemukan 1,000 km di Hat Yai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Kehilangan seekor kucing yang dinamakan Moota berakhir sejak lebih sebulan lalu berakhir selepas haiwan itu ditemukan Bangkok, iaitu hampir 1,000 kilometer dari rumah tuannya di Hat Yai, wilayah Songkhla.

Penemuan kucing yang dilaporkan hilang di Bangkok itu didedahkan dalam laman Facebook ‘Traffic on the Si Rat – Outer Ring Road Expressway of Bangkok’.

Beberapa imej menunjukkan kucing berkenaan dalam keadaan sihat dan menaiki sebuah kenderaan.

Menurut anggota polis trafik yang berada di lokasi penemuan, dia dimaklumkan orang ramai bahawa kucing itu dilaporkan hilang sejak sebulan lalu di Bangkok oleh tuannya menerusi hebahan dalam media sosial.

Keadaan itu menyebabkan anggota polis trafik berkenaan memuat naik gambar kucing tersebut ke dalam media sosial dengan harapan dapat menemukan pemiliknya.

Beberapa hari kemudian, pemilik Moota, Baew Jiratsabok terbang ke Bangkok untuk mendapatkan semula kucingnya.

Namun, dalam perjalanan balik, mereka menaiki kereta api dari Hat Yai ke Bangkok yang mengambil masa selama 15 hingga 18 jam perjalanan.

Baew percaya kucingnya boleh sampai ke Hat Yai dengan menaiki trak pikap atau kereta tanpa disedari pemandunya.

“Terima kasih saya ucapkan kepada semua pihak yang prihatin dengan kehilangan kucing saya, Kini, Moota sudah kembali dan diharapkan ia ‘mempunyai pengalaman menarik’ sepanjang kehilangannya,” kata Baew.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN