Korea Selatan siap sedia hadapi Taufan Hinnamnor - Utusan Malaysia

Korea Selatan siap sedia hadapi Taufan Hinnamnor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Korea Selatan bertindak menutup sekolah, membatalkan penerbangan dan menghentikan beberapa operasi perniagaan buat sementara waktu bagi menghadapi Taufan Hinnamnor yang semakin menghampiri.

Lapor Al Jazeera, Korea Selatan sedang bersiap sedia menghadapi ribut terkuat dalam sejarah negara itu.

Taufan Hinnamnor dijangka melanda pantai sekitar tenggara Busan, bandar kedua terbesar Korea Selatan pada pagi Selasa.

Memetik laporan agensi berita Yonhap, hujan lebat dan angin kencang sudah melanda pantai selatan, dengan taufan bergerak ke arah utara pada kelajuan 24 kilometer sejam (km/j).

Menurut Jabatan Meteorologi Korea (KMA), taufan Hinnamnor akan bergerak ke arah pulau Sapporo di utara Jepun.

Presiden Yoon Suk-yeol berkata, beliau bersama pentadbirannya dalam keadaan bersiap sedia terhadap sebarang kemungkinan bencana yang bakal berlaku.

Sebelum ini, beliau mengarahkan pihak berkuasa untuk melakukan sedaya upaya untuk mengelakkan sebarang kerosakan teruk akibat taufan itu.

Taufan Hinnamnor diklasifikasikan sebagai `sangat kuat’, amaran tahap kedua tertinggi bagi Korea Selatan.

“Angin kencang dan hujan lebat dijangka merentasi negara sehingga Selasa akibat taufan, dengan ombak besar bakal melanda kawasan pantai berserta ribut ,” jelas KMA.

Taufan dibawah klasifikasi `sangat kuat’ bergerak dengan kelajuan maksimum 49 meter sesaat.

Selain Busan, amaran turut dikeluarkan bagi pulau Jeju dan beberapa bandar di selatan yang dilanda hujan lebat pada hujung minggu.

Setakat ini, tiada kemalangan jiwa dilaporkan walaupun lebih 100 orang dipindahkan dan sekurang-kurangnya 11 kemudahan terjejas akibat banjir.

Hinnamnor merupakan taufan ke-11 yang melanda Korea Selatan pada tahun ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN