fbpx

KL, Bangkok ‘lubuk rezeki’ untuk hartawan global

BANGKOK menyasarkan pesara kaya menetap di negara itu untuk tujuan pelaburan jangka panjang. - AFP

BANGKOK: Thailand dan Malaysia menjadi antara dua negara yang mendapat ‘perhatian dan pilihan’ paling banyak dalam kalangan warga asing untuk menetap dan bekerja ketika ini.

Di sebalik isu kedua-dua negara dibanjiri pendatang asing tanpa izin, golongan profesional dari luar turut menjadikan Thailand dan Malaysia sebagai negara pilihan untuk bekerja, sekali gus membantu meningkatkan ekonomi negara masing-masing.

Susulan itu, Kuala Lumpur dan Bangkok saling melancarkan inisiatif serupa pada awal bulan ini dengan Malaysia melancarkan Program Visa Premium (PVIP) Malaysia, manakala Thailand menerusi visa penduduk jangka panjang yang menyasarkan golongan kaya dan berkemahiran tinggi.

Golongan tersebut digelar sebagai ‘rakyat global’.

PEMULIHAN EKONOMI

Ketika ekonomi Malaysia dilihat semakin mengukuh, ekonomi di Thailand pula masih dalam fasa pemulihan, malah lebih perlahan berbanding yang diharapkan kerajaan negara itu.

Berdasarkan rekod inflasi dan nilai mata wang Thailand yang melemah, negara itu menjadi satu daripada ekonomi paling lambat membangun di Asia Tenggara pada tahun ini.

Kerajaan Malaysia memaklumkan, PVIP disasarkan kepada hartawan global dari semua negara asing, kecuali Israel dan negara yang tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Malaysia.

CABARAN DIHADAPI

Namun, kumpulan pakar berpendapat, inisiatif tersebut berdepan dengan pelbagai cabaran berikutan keadaan semasa ekonomi global ketika ini.

Antara cabaran yang bakal dihadapi adalah melibatkan golongan yang mempunyai pendapatan pasif seperti selebriti, artis dan pelabur yang melihat kedua-dua negara sebagai destinasi terbaik untuk menjana pendapatan tinggi yang ‘sewajarnya.

Bagaimanapun, beberapa syarat yang memerlukan golongan itu menyumbang sejumlah hasil pendapatan di kedua-dua negara in dan dengan pertukaran asing yang semakin lemah, keada itu pasti sukar.

VISA BAHARU THAILAND

Di bawah program visa baharu Thailand, pemohon perlu mempunyai AS$80,000 (RM371,623) pendapatan tahunan atau separuh daripadanya jika mereka memegang Ijazah Sarjana yang berkaitan dengan kerjaya, atau dalam beberapa kes, memiliki pelaburan sedia ada sehingga AS$500,000 (RM2.3 juta).

Sebagai pertukaran, visa pemastautin jangka panjang 10 tahun itu, termasuk permit kerja dan 17 peratus cukai pendapatan peribadi, selain hampir separuh daripada bayaran akan dibayar oleh pihak lain dalam kumpulan pendapatan yang sama.

Dengan skim visa jangka panjang tersebut, kerajaan Thailand ingin memastikan warga asing kaya yang mengunjungi negara ini akan menjadikan Thailand sebagai ‘rumah kedua mereka’.

Timbalan Ketua Setiausaha Lembaga Pelaburan Thailand, Narit Therdsteerasukdi berkata, pandemik Covid-19 mendedahkan realiti bahawa negara ini tidak lagi boleh bergantung kepada sektor pelancongan besar-besaran dalam jangka pendek.

“Thailand perlu menyusun semula portfolio pelancongan untuk menarik warga asing berpotensi datang menetap, melabur dan bekerja di Thailand bagi jangka panjang, sekali gus dapat merangsang perbelanjaan domestik dan tingkatkan ekonomi negara.

Selain itu, Thailand juga menyasarkan golongan pesara yang kaya untuk memohon skim visa tersebut.

Selepas sebulan dilancarkan, golongan itu menjadi majoriti pemohon baharu dengan kebanyakannya datang dari China dan Amerika Syarikat. – AGENSI

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN