Jepun buka semula pintu sempadan sepenuhnya kepada pelancong antarabangsa - Utusan Malaysia

Jepun buka semula pintu sempadan sepenuhnya kepada pelancong antarabangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Jepun akhirnya membuka semula pintu sempadannya buat pelancong antarabangsa yang sudah lengkap vaksinasi Covid-19.

Jepun sebelum ini menutup pintu sempadannya kepada pelancong luar selama lebih dua tahun berikutan pandemik Covid-19.

Selain itu, kadar minimum ketibaan pelancong luar secara harian di negara ini juga dimansuhkan.

Namun, para pelancong masih perlu menunjukkan bukti mereka sudah lengkap vaksinasi Covid-19 termasuk suntikan dos penggalak dan ujian saringan yang keputusannya negatif.

Kemasukan pelancong luar ke Jepun dijangka memulihkan kembali ekonomi negara ini yang terjejas akibat koronavirus, menyaksikan nilai mata wangnya jatuh teruk berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).

“Jepun akan membuka semula pintu sempadan dan diharapkan keputusan itu dapat menaikkan semula nilai mata wang negara ini sama dengan dolar AS,” kata Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida.

Negara ini sudah pun membenarkan kemasukan pelancong sejak Jun lalu, namun perlu menerusi agensi pelancongan dan bukannya persendirian.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.