Israel akui mungkin tertembak wartawan Shireen Abu Akleh - Utusan Malaysia

Israel akui mungkin tertembak wartawan Shireen Abu Akleh

SHIREEN ABU AKLEH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAITULMAQDIS: Tentera Israel mengakui buat pertama kali hari ini kemungkinan wartawan Palestin-Amerika, Shireen Abu Akleh ditembak mati oleh seorang askar Israel yang menyangka dia adalah anggota militan.

“Ada kemungkinan besar Shireen terkena tembakan oleh Pasukan Pertahanan Israel (IDF) yang dilepaskan secara tidak sengaja ke arah suspek yang dikenal pasti sebagai lelaki bersenjata Palestin,” menurut laporan akhir tentera berhubung kematian mangsa pada 11 Mei lalu.

Pengakuan itu dibuat selepas beberapa bulan, selepas Israel menegaskan adalah mustahil untuk menentukan punca tembakan maut yang membunuh wartawan Al Jazeera itu di Tebing Barat dan mengatakan ia mungkin tembakan militan.

“Kesimpulan kami ialah tidak mungkin untuk menentukan dengan jelas tembakan mana yang membunuhnya, tetapi ada kemungkinan lebih tinggi bahawa dia terkena tembakan seorang daripada askar IDF yang tidak mengetahii dia sebagai wartawan,” kata seorang pegawai kanan tentera Israel.

Shireen, 51, wartawan Al Jazeera kelahiran Baitulmuqaddis, terbunuh akibat terkena peluru hidup di kepala pada 11 Mei ketika bertugas melaporkan pencerobohan tentera Israel di kem pelarian Jenin di utara Tebing Barat.

Insiden itu menerima kecaman hebat antarabangsa. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN