Ibu negara Kazakhstan kembali kepada nama Astana

Ibu negara Kazakhstan kembali kepada nama Astana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ASTANA: Nama ibu negara Kazakhstan dikembalikan kepada Astana selepas ditukar kepada Nur-Sultan pada Mac 2019, menerusi penggubalan rang undang-undang (RUU).

Keputusan yang disiarkan dalam laman web presiden akan berkuatkuasa serta-merta.

Bandar yang dipenuhi dengan bangunan pencakar langit itu dinamakan Nur-Sultan pada 2019 sebagai penghormatan kepada bekas pemimpin lama negara itu, Nursultan Nazarbayev.

Astana menjadi ibu negara Kazakhstan pada 1997 semasa pentadbiran Nazarbayev yang memimpin negara itu selama tiga dekad di bawah Kesatuan Soviet.

Selepas mencapai kemerdekaan pada 1991, ibu negara Kazakhstan yang sebelum ini terletak di Almaty dipindahkan ke Astana.

Bagaimanapun, Astana dinamakan sebagai Nur-Sultan tiga tahun lalu dengan perubahan yang menelan perbelanjaan puluhan ribu dolar.

Dalam pada itu, RUU tersebut juga meluluskan undang-undang bagi mengehadkan tempoh penggal presiden kepada tujuh tahun berbanding lima tahun sebelum ini.

Mana-mana presiden juga dilarang bertanding bagi penggal kedua.

Pindaan RUU itu mendapat sokongan sebulat suara daripada Parlimen Kazakhstan selepas bacaan kali kedua.-AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN