NEW YORK: Hartawan India, Gautam Adani mengatasi pengasas Amazon, Jeff Bezos sebagai individu kedua terkaya di dunia, menjadikannya rakyat pertama India mencapai tahap kekayaan global yang tertinggi.
Adani, yang sebelum ini di tempat ke-14 dalam Indeks Billionair Bloomberg, memiliki anggaran kekayaan semasa berjumlah AS$146.9 bilion (RM666 bilion) di belakang pengasas Tesla, Elon Musk.
Musk merupakan individu terkaya di dunia ketika ini dengan nilai kekayaan yang dianggarkan sebanyak AS$260 bilion (RM1.1 trilion).
Menurut Indeks Bilionair Bloomberg, nilai kekayaan Adani meningkat selepas saham syarikat perdananya, Adani Enterprises Ltd melonjak ke paras tertinggi minggu ini.
Nilai saham beberapa syarikat kumpulan Adani juga meningkat lebih 1,000% sejak 2020.
Sementara itu, nilai bersih Bezos merosot kepada AS$145.8 bilion (RM661 bilion) pada penilaian terakhir apabila penjualan semula saham syarikat Big Tech di Wall Street menjejaskan kekayaan individu terkaya Amerika Syarikat (AS) dalam sektor itu.
Saham Amazon turut menurun lebih 25 peratus pada tahun ini.