China mahu bina teleskop radio terbesar dunia, saingi AS

China mahu bina teleskop radio terbesar dunia, saingi AS

CHINA sudah mempunyai beberapa projek pembinaan teleskop seperti di daerah Wuqing, utara Tianjin.-XINHUA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: China berhasrat membina teleskop radio boleh alih terbesar di dunia yang dilengkapi antena dengan keratan rentas 110 meter di Qitai, wilayah Xinjiang, barat laut China.

CGTN melaporkan, Qitai Radio Telescope (QTT) mempunyai diameter 10 peratus lebih besar dari Teleskop Green Bank di Virginia Barat, Amerika Syarikat, yang memegang status teleskop radio terbesar dunia.

Dilaporkan, pembinaan teleskop itu akan mengambil masa selama enam tahun.

Sekiranya projek itu siap, QTT mampu menerima data 75 peratus dari bumi dan membekalkan platform pemantauan berkelas dunia.

Pemantauan itu dapati digunakan dalam kajian mengenai lohong hitam (black holes), ledakan radio cepat, teori sains, gelombang graviti serta asal usul kehidupan di alam semesta.

Ketua Pemantauan Astronomi Xinjiang, Akademi Sains China, Wang Na berkata, QTT akan menyokong projek eksplorasi angkasa negara.

Sebelum ini, China sudah memiliki teleskop radio terbesar iaitu Teleskop Radio Bulat Aperture (FAST).

Teleskop berdiameter 500 meter itu terletak di lembah pergunungan wilayah Guizhou, barat daya China.

Dua tahun lalu, republik itu membina teleskop radio boleh alih terbesar di Asia dengan keratan rentas 70 meter serta berupaya menerima data dari Marikh.

Teleskop yang disasarkan untuk melengkapkan pusingan orbit, mendarat dan mengembara di Marikh menerusi misi Tianwen-1.

Teleskop dilengkapi antena sebesar sembilan gelanggang bola keranjang itu dibina oleh Pusat Pemantauan Astronomi Kebangsaan, Akademi Sains China, di daerah Wuqing yang terletak di utara Tianjin.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya