JAKARTA: Satu daripada syarat utama untuk menjadi calon presiden dan timbalan presiden dalam Pilihan Raya Presiden 2024 (Pilpres) adalah tidak pernah melakukan sebarang pengkhianatan kepada negara atau terlibat dalam pemberontakan.
Syarat tersebut termaktub dalam Undang-Undang Nombor 7 Tahun 2017 mengenai Pilihan Raya Umum (Pemilu).
Menerusi Fasal 169 Huruf D dalam Undang-Undang Pemilu, setiap calon presiden dan timbalan presiden juga tidak pernah terlibat dalam kes rasuah atau jenayah berat yang lain.
Terma pengkhianatan terhadap negara yang dimaksudkan adalah tidak terlibat dalam kegiatan pemisah atau melanggar Perlembagaan.
Selain itu, setiap calon juga haruslah bersih daripada perbuatan tercela seperti pernah melakukan tindakan bertentangan dengan norma agama, susila dan adat, termasuk mabuk, berjudi, salah guna dadah serta berzina.
Lapor CNN Indonesia, setiap calon merupakan rakyat Indonesia sejak lahir.
“Setiap calon mestilah tidak pernah memegang mana-mana kerakyatan negara lain atas kerelaannya, selain sudah memahami nilai-nilai budaya negara ini.
“Mereka haruslah mempunyai semangat patriotisme dan jiwa kebangsaan Negara Kesatuan Republik Indonesia,” menurut Fasal 169 Huruf B Undang-Undang Pemilu.