Cabaran besar menanti Truss

Cabaran besar menanti Truss

LIZ TRUSS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Politik Britain kembali menjadi tumpuan selepas persemadian Ratu Elizabeth II selesai dengan Perdana Menteri, Liz Truss akan menyegerakan langkah menangani kemerosotan ekonomi, lapor Reuters.  

Sejak kematian mendiang Ratu pada 8 September lalu, perbincangan mengenai politik negara tertangguh seketika bagi memberi laluan kepada tempoh berkabung negara dan sebagai menghormati seorang raja yang memerintah selama 70 tahun. 

Truss akan menghadiri sidang kemuncak terbesar pertamanya, Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) di New York.

Beliau juga dijadualkan mengadakan pertemuan dengan Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden, hari ini selepas bertemu beberapa pemimpin yang turut mengambil bahagian semasa istiadat penghormatan terakhir ratu. 

Segelintir rakyat berasa kecewa dengan politik negara selepas dua bulan kempen pemilihan presiden ekoran Britain berisiko jatuh dalam kemelesetan ekonomi yang panjang serta menghadapi krisis tenaga yang mengancam kewangan.

Truss turut menggalas tanggunjawab besar untuk meningkatkan kadar pertumbuhan ekonomi serta kemampuan menyelesaikan lambakan isu lama lain. 

Minggu ini pastinya menjadi minggu yang paling sibuk kepada beberapa menteri Truss yang memasuki jabatan baharu bagi memperhalusi dasar mereka. 

Kerajaan dijangka memberikan pakej sokongan bagi membantu sektor perniagaan menghadapi kenaikan harga tenaga dan kemungkinan mengurangkan masa menunggu untuk rawatan di Perkhidmatan Kesihatan Negara yang dikendalikan Kerajaan Britain serta pemotongan cukai yang dijanjikan untuk memacu pertumbuhan. 

“Saya rasa kita akan melihat permulaan yang berfokus, mantap, penuh momentum serta hala tuju perjalanan tanpa gangguan dan drama sampingan.

“Dasarnya sudah ada, tetapi dimasukkan dalam jabatan (semasa tempoh berkabung),” kata veteran Parti Konservatif. 

Semasa hari kedua beliau di pejabat, Truss membuat pengumuman besar mengenai langkah mengurangkan kenaikan harga bahan api yang melambung tinggi. 

Namun, pengumuman tersebut dilenyapkan dengan berita mengenai kemangkatan mendiang Ratu beberapa jam selepas itu. 

Oleh itu, Perdana Menteri baharu terpaksa menukar gear segera dengan memastikan ucapan disampaikan dalam nada yang betul serta penuh penghormatan kepada Ratu. 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN