Kereta berpusing beberapa kali sebelum terbabas ke stesen minyak

Kereta berpusing beberapa kali sebelum terbabas ke stesen minyak

Keadaan kereta yang terbabas dipercayai selepas cuba mengelak sebuah motosikal di sebuah stesen petrol dekat Changlun, Kubang Pasu Kedah hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUBANG PASU: Pekerja dan pelanggan sebuah stesen minyak di Taman Angsana, Changlun di sini berdepan detik mencemaskan apabila sebuah kereta dipercayai berpusing beberapa kali sebelum terbabas menghala ke premis itu.

Menurut saksi, Kamarulzaman Lot, 42, kejadian pada pukul 9.24 pagi itu juga mengakibatkan enjin kereta berkenaan tercabut dan hampir mengenai sebuah kereta lain yang berada di lokasi sama.

“Kejadian agak mencemaskan kerana kereta berkenaan berpusing berkali-kali sebelum terbabas ke premis ini. Lelaki dan wanita berada di dalamnya terselamat namun cedera terutama pemandu lelaki yang tercampak keluar.

“Enjin kereta yang tercabut juga sikit lagi terkena sebuah kereta lain yang turut berada di lokasi kejadian. Kalau sikit lagi tentu kena. Alhamdulillah semua selamat,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Pengurus premis itu menambah, kejadian dipercayai berlaku setelah kereta Volkswagen itu cuba mengelak sebuah motosikal yang tiba-tiba memasuki lorong kanan. 

“Kejadian berlaku kira-kira 50 kilometer dari premis ini sahaja. Namun kereta tersebut berpusing beberapa kali sehingga merempuh tiang elektrik tidak jauh dari situ sebelum terbabas,” katanya.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintenden Mohd. Radzi Abdul Rahim berkata, kemalangan tersebut melibatkan sebuah kereta yang terbabas sendiri dipercayai mengelak sebuah motosikal melintas.  

“Pemandu dan penumpang kereta yang cedera dibawa ke hospital,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN