Buku ONEPIECE setebal 21,450 muka surat mula dijual

Buku ONEPIECE setebal 21,450 muka surat mula dijual

EDISI terhad ONEPIECE oleh karya artis Ilan Manouach. - JBE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Sebuah buku jilid tunggal edisi terhad dikenali sebagai ONEPIECE, diklasifikasikan sebagai buku terpanjang di dunia.

Lapor The Guardian, siri manga setebal 21,450 muka surat itu dikatakan mustahil untuk dibaca secara fizikal.

Buku itu kini dijual pada harga 1,640 pound (RM8,518) sebagai karya artis Ilan Manouach yang mereka bentuk jilid edisi terhad yang berjudul ONEPIECE.

Bagaimanapun, ia tidak dikreditkan kepada penulis, Eiichiro Oda disebalik karya asal One Piece yang disiarkan dalam majalah Shonen Jump setiap minggu sejak 1997.

Penerbit buku dan karya seni JBE memaklumkan Manouach mencetak One Piece edisi digital Jepun sebelum mengganbungkannya dan menyifatkannya sebagai dan mengumpulkan ‘bahan arca’.

“ONEPIECE merupakan arca yang berbentuk buku yang tidak boleh dibaca dan mewujudkan ekosistem penyebaran komik dalam talian,” kata jurucakap JBE.

Jelasnya, edisi terhad sebanyak 50 salinan habis dijual dalam tempoh beberapa hari selepas dikeluarkan pada 7 September lalu.

JBE juga menyifatkan komik itu sebagai `objek dwi’ yang mempunyai `nilai kegunaan’ untuk pembaca dan ‘nilai pertukaran’ bagi para pengumpul karya seni.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya