Bantah pengebumian negara untuk Abe, lelaki bakar diri di Jepun

Bantah pengebumian negara untuk Abe, lelaki bakar diri di Jepun

PETUGAS media mengambil gambar lokasi yang menyaksikan seorang lelaki bakar diri kerana membantah pengebumian negara untuk Shinzo Abe di Tokyo, Jepun. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Seorang lelaki dikejarkan ke hospital dalam keadaan tidak sedarkan diri dan melecur selepas membakar diri berhampiran pejabat Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida, semalam.

Media tempatan melaporkan, pihak berkuasa enggan mengulas lanjut insiden tersebut dan memaklumkan siasatan dilakukan.

Stesen ahi melaporkan, lelaki itu membakar dirinya selepas memberitahu polis mengenai bantahannya terhadap pengebumian negara untuk bekas Perdana Menteri, Shinzo Abe yang mati dibunuh sebelum ini.

Seorang anggota polis yang cuba memadamkan kebakaran itu turut cedera dan kini menerima rawatan di hospital.

Dalam pada itu, agensi berita Kyodo memaklumkan, pasukan keselamatan dikerahkan ke lokasi kejadian selepas menerima laporan tentang seorang lelaki membakar diri.

Sekeping nota juga ditemukan berhampiran lelaki tersebut mengenai bantahannya terhadap upacara pengebumian berkenaan.

Abe yang merupakan Perdana Menteri Jepun paling lama berkhidmat, ditembak mati pada 8 Julai lalu ketika berkempen dan pengebumian negara yang dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan dan dilakukan secara terbuka akan diadakan pada 27 September ini.

Pengebumian peringkat negara jarang diadakan di Jepun dan keputusan itu mencetuskan kontroversi, dengan tinjauan pendapat menunjukkan kira-kira separuh orang awam menentang idea tersebut. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya