Anggota Demokrat tidak mahu Biden jadi Presiden AS lagi

Anggota Demokrat tidak mahu Biden jadi Presiden AS lagi

JOE BIDEN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Hanya satu per tiga atau 35 peratus daripada anggota Parti Demokrat mahu Joe Biden bertanding sekali lagi merebut jawatan sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) pada pilihan raya presiden 2024.

Perkara itu didedahkan menerusi kaji selidik yang dilakukan oleh ABC News dan The Washington Post, baru-baru ini.

Selain itu, sebanyak 56 peratus anggota Demokrat memaklumkan mereka mahu parti itu memilih calon lain sebagai Presiden AS.

Dalam pada itu, 47 peratus anggota Parti Republikan menyokong sekiranya Donald Trump sekali lagi menjadi presiden berbanding calon lain.

Portal berita Russia Today pula melaporkan, hanya 39 peratus responden berpuas hati dengan prestasi kerja Biden, manakala 53 peratus lagi menyatakan tidak berpuas hati dengan tahap kerja yang ditunjukkan oleh presiden itu.

Biden mendapat skor terburuk dalam dalam sektor ekonomi, iaitu hanya 36 peratus menyatakan kepuasan terhadap prestasinya dalam menguruskan ekonomi AS, sekali gus menjadi cabaran terbesar kepada Demokrat untuk meyakinkan rakyat dalam pilihan raya akan datang.

Dalam tinjauan pemilihan semula antara Biden dan Trump pula, Biden masih mampu ‘menambat hati rakyat AS’ berbanding Trump.

Sebanyak 52 peratus responden pula berpandangan Trump wajar dikenakan tindakan undang-undang berkaitan penipuan politik.

Pada pilihan raya presiden akan datang, persaingan antara kedua-dua parti itu dijangka sengit, dengan masing-masing cuba ‘memancing undi’ rakyat menggunakan isu ekonomi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya