35 maut, 37 cedera dalam letupan di Burkina Faso - Utusan Malaysia

35 maut, 37 cedera dalam letupan di Burkina Faso

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

OUAGADOUGOU: Sekurang-kurangnya 35 orang maut manakala 37 lagi cedera dalam kejadian letupan IED semasa perjalanan berkonvoi membawa bekalan di utara Burkina Faso.

Gabenor wilayah Sahel Rodolphe Sorgo berkata, insiden itu berlaku ketika konvoi yang diketuai tentera menghantar bekalan ke bandar utara yang bergolak antara Bourzanga ke Djibo.

“Sebuah kenderaan yang membawa orang awam melanggar bahan letupan buatan sendiri.

“Setakat ini, seramai 35 orang terbunuh dan 37 lagi cedera, kesemuanya adalah orang awam.

“Pengiring konvoi mengawal kawasan dan bertindak membantu mangsa,” katanya dalam kenyataan.

Jelasnya, konvoi berkenaan kini sudah meninggalkan kawasan utara menuju ke ibu negara Burkina Faso, Ouagadougou.

Negara Afrika itu berada dalam cengkaman pemberontakan sejak tujuh tahun lalu yang sudah meragut lebih 2,000 nyawa dan memaksa kira-kira 1.9 juta penduduk meninggalkan rumah mereka.

Sementara itu, pegawai keselamatan memaklumkan konvoi yang membawa bekalan itu terdiri daripada `orang awam, pemandu dan peniaga’.

Menurut seorang penduduk di Djibo, puluhan kenderaan termasuk lori dan bas pengangkutan awam turut terkena letupan itu.

“Sebahagian besar mangsa merupakan peniaga membeli bekalan di Ouagadougou dan pelajar yang akan kembali ke ibu negara untuk mengikuti sesi persekolahan berikutnya,” katanya. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.