30 pengunjung karnival kencing depan pintu rumah penduduk

30 pengunjung karnival kencing depan pintu rumah penduduk

RAKAMAN menunjukkan pengunjung Karnival Notting Hill membuang air kecil di halaman di depan rumah milik seorang warga emas. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Seorang warga emas meluahkan rasa meluat selepas mendapati puluhan pengunjung di Karnival Notting Hill membuang air kecil di halaman kecil berhampiran pintu depan rumahnya.

Lapor Daily Mail, Susan Watts, 69, menggunakan aplikasi loceng pintu untuk merakam kejadian tersebut.

Watts berasa berang selepas mendapati sekurang-kurangnya 30 individu yang menghadiri pesta itu, berjalan menuruni tangga hadapan rumahnya menuju ke halaman kecil untuk membuang air kecil di hartanah di Notting Hill, london barat.

Menurut Watts, kawasan itu dicemari dengan air kencing dan berbau busuk seperti tandas yang kotor susulan acara dua hari yang menarik hampir dua juta pengunjung.

Pesara itu turut menghantar rakaman video memaparkan 30 individu berkenaan kepada pihak berkuasa tempatan, Majlis Perbandaran Westminster dan persatuan perumahan.

“Sebenarnya lebih 30 orang menjadikan halaman rumah saya sebagai tandas.

“Tindakan peserta itu adalah tidak bersih dan amat menjijikkan. Saya tidak boleh berdiri di hadapan rumah saya kerana bau busuk, seperti berada dalam tandas kotor,” katanya.

Selepas menghantar rakaman itu, Watts meminta pihak berkuasa tempatan dan persatuan perumahan untuk mencuci halaman rumahnya.

Namun, Watts dimaklumkan perkhidmatan itu akan menelan kos perbelanjaan 75 pound (RM387.35) kerana halaman tersebut dianggap sebagai kawasan persendirian.

“Saya tak percaya majlis perbandaran meminta saya membayar kos untuk membersihkan kekotoran disebabkan oleh peserta di karnival yang dibenarkan oleh mereka,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN