Waktu operasi pusat beli-belah di Chongqing dipendekkan - Utusan Malaysia

Waktu operasi pusat beli-belah di Chongqing dipendekkan

PENULARAN semula wabak Covid-19, telah menjejaskan pemulihan dan pertumbuhan ekonomi China serta global. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Waktu operasi pusat beli-belah dan premis komersial yang terletak di bandar Chongqing, China dipendekkan berikutan situasi bekalan tenaga yang disebabkan gelombang haba melanda negara itu ketika ini.

Perkara itu dimaklumkan oleh kerajaan China menerusi satu notis yang dikeluarkan baru-baru ini.

Langkah itu bermakna puluhan pusat beli-belah di bandar barat daya itu terpaksa mengubah waktu operasi perniagaan mereka dari pukul 4 petang hingga 9 malam.

Suruhanjaya Ekonomi dan Informasi Chongqing memaklumkan langkah itu bagi memastikan bekalan tenaga yang teratur dan selamat serta memenuhi keperluan orang ramai.

Menurut notis itu, langkah tersebut akan diteruskan sehingga mendapat arahan selanjutnya daripada pihak berkuasa.

Jelas notis itu, ia juga berdasarkan suhu semasa selain turut mengambil kira situasi permintaan dan tawaran. 

Sebelum ini, Kerajaan tempatan Sichuan di China mengarahkan semua kilang ditutup selama enam hari untuk mengurangkan penggunaan bekalan elektrik di rantau berkenaan.

Langkah itu dilaksanakan ketika gelombang panas terik melanda seluruh negara.

Ketika ini, China berdepan gelombang panas terik dalam tempoh enam dekad, dengan suhu mencecah 40 darjah Celsius di puluhan bandar.

Cuaca panas melampau itu menyebabkan permintaan tinggi bagi kegunaan penyaman udara di pejabat dan rumah sekali gus memberi tekanan kepada syarikat tenaga elektrik. – REUTERS/AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN