Ugut saman selepas video cubaan mencuri tular - Utusan Malaysia

Ugut saman selepas video cubaan mencuri tular

SUSPEK mencuri yang dikenali sebagai Mariana (kiri) bersama Amelia (tengah) dan peguamnya. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Seorang wanita yang tular dalam media sosial kerana aksinya mencuri di sebuah kedai serbaneka Alfamart cawangan Cisauk mengakui perbuatannya.

Wanita yang dikenali sebagai Mariana itu menyampaikan pengakuannya menerusi anaknya, Ivana Valenza selepas kesnya mendapat liputan meluas media tempatan.

Dalam kenyataan yang dibuat anaknya, wanita itu mengakui dia mencuri tiga keping coklat dan dua botol shampu.

“Dengan rendah diri dan menyesali perbuatannya, ibu saya ingin memohon maaf kepada pekerja Alfamart Cisauk, Tangerang.

“Ibu saya memgakui dia mencuri tiga keping coklat dan dua boto shampu ketika mengunjungi premis berkenaan, selain turut mengugut untuk mengenakan tindakan undang-undang kepada pekerja Alfamart yang merekam video aksinya.

“Sehubungan itu, saya mewakili ibu saya ingin memohon maaf kepada pekerja tersebut, Amelia atas insiden yang berlaku,” katanya seperti yang dilaporkan CNN Indonesia.

Kenyataan itu dibuat selepas Mariana dan Amelia memutuskan untuk menyelesaikan kes secara bersemuka tanpa melibatkan undang-undang.

Dalam pada itu, Amelia juga sudah menerima permohonan maaf tersebut dan menarik balik laporan polis yang dibuatnya.

Kes itu bermula selepas Amelia berkongsi video yang menunjukkan Mariaa mencuri coklat pada Sabtu lalu.

Video itu menunjukkan Mariana cuba membawa keluar semua barangan itu tanpa membayar sebelum dia ditahan.

Berang perbuatannya ditegur, wanita itu kemudiannya memulangkan semua coklat yang diambil dan beredar memasuki kereta.

Selepas video itu tular, Mariana menyifatkannya sebagai niat untuk memalukan dia dan mahu menyaman pekerja tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN