Tipu rawatan apendiks, doktor cabul pesakit sesama jenis

Tipu rawatan apendiks, doktor cabul pesakit sesama jenis

RAKAMAN gambar menerusi rakaman CCTV menunjukkan doktor membawa masuk pesakitnya untuk rawatan apendiks.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANILA: Seorang doktor lelaki di hospital di Bandar Makati berdepan pertuduhan kerana didakwa mencabul seorang pesakit sesama jenis, lapor Phillippines News. 

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang diambil di dalam hospital itu merakamkan doktor berkenaan mengambil pesakitnya bernama Alias Vergel, 18. 

Dia menjelaskan pesakit itu perlu menjalani satu lagi prosedur perubatan untuk apendiksnya yang kali terkahir dilakukan 7 Mac lalu.  

Kedua-kedua mereka dilaporkan memasuki bilik di tingkat dua hospital itu, dan doktor tersebut mendakwa akan melakukan ujian ultra bunyi. 

Bagaimanapun, kata laporan itu lagi, bilik tersebut tidak mengandungi sebarang radas atau peralatan perubatan dan doktor itu melakukan perbuatan jijik di dalam bilik berkenaan. 

Vergel kemudian melarikan diri dan meninggalkan bilik tersebut sambil membawa dextrose (gula yang meningkatkan jumlah glukosa di dalam darah) walaupun dalam kesakitan disebabkan keadaannya. 

“Saya memaksa diri untuk berlari ke tingkat tiga walaupun perut saya sakit. Nenek sedang tidur kemudian saya kejutkan dia dan berkata mari kita pergi dari sini,” kata Vergel menerusi laporan itu, Khamis lalu. 

Mangsa dilaporkan memfailkan aduan ke Biro Siasatan Negara (NBI) terhadap doktor berkenaan. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya