Thailand tambah dua gerabak kereta api ke Padang Besar

Thailand tambah dua kereta api ke Padang Besar

KONDUKTER bersiap sedia di platform stesen kereta api di Bangkok.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Thailand menambah dua kereta api baharu yang beroperasi dari Bangkok ke sempadan Malaysia di Padang Besar, Perlis, sekali gus menjadi berita baik untuk kedua-dua negara. 

Lapor Thaiger, kereta api baharu itu akan membawa rakyat Thailand dan golongan ekspatriat ke sempadan Malaysia serta mempromosikan pelancongan dan menarik pelancong ke selatan negara. 

Pengarah Pusat Perhubungan Awam SRT berkata, pihak kerajaan berharap dapat menggalakkan rakyat Malaysia melancong ke Thailand sejak sempadan Thailand-Malaysia dibuka khususnya apabila Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 dilonggarkan. 

“Perkhidmatan baharu dari Bangkok ke Padang Besar menjalankan Kereta Api Ekspres 45 dari utara ke selatan dan Kereta Api Ekspres 46 dari selatan ke utara. 

“Sebuah kereta api bertolak dari Bangkok pada pukul 3.10 petang dan tiba keesokan harinya, pukul 9.50 pagi. Gerabak lain bertolak dari Padang Besar pada pukul 5.06 petang dan tiba keesokan harinya, pukul 12.45 tengah hari. 

“Perlu diingatkan semua perjalanan kereta api adalah mengikut waktu Thailand dan perbezaan masa adalah satu jam apabila anda melintasi sempadan,” kata laporan itu. 

Untuk rekod, Thailand kini menjalankan operasi 200 kereta api setiap hari di seluruh negara dengan kebanyakannya beroperasi di sepanjang Selatan Thailand. 

Ini menyaksikan 52 kereta api bergerak di sekitar selatan Thailand, 46 beroperasi di timur laut, 36 di utara, 34 di laluan Mahachai, 24 di timur Thailand dan lapan di laluan Mae Klong. 

Bulan lalu, kereta api antara bandar Hat Yai, Selatan Thailand dan Padang Besar menyambung semula perkhidmatannya selepas berhenti beroperasi lebih dua tahun apabila sempadan antarabangsa ditutup akibat pandemik Covdi-19. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya