Tebusan bank: Bassam disambut bagai hero di Beirut

Tebusan bank: Bassam disambut bagai hero di Beirut

PASUKAN tentera dikerahkan mengawal keselamtan di luar pekarangan sebuah Bank Persekutuan di Beirut.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIRUT: Tindakan seorang lelaki bersenjata api yang menahan pelanggan bank sebagai tebusan, disambut bagaikan seorang hero oleh orang awam yang berada di sekitar pekarangan cawangan Bank Persekutuan itu.  

Bassam Sheikh Hussein, 42, menjadikan enam pelanggan dan seorang kakitangan bank sebagai tebusan selepas aset beliau dibekukan.  

Sedangkan, dia berada dalam keadaan terdesak dan mahu menggunakan wang tersebut bagi tujuan membayar bil rawatan hospital bapanya. 

Pada mulanya, Bassam mahu mengeluarkan wang berjumlah AS$210,000 (RM932,000) miliknya yang dibekukan, sebelum pihak bank akhirnya bersetuju menyerahkan AS$30,000 (RM133,000).   

Pengeluaran wang yang dituntut oleh lelaki itu dihalang oleh pihak bank sama seperti hampir semua warga Lubnan lain disebabkan negara dilanda krisis ekonomi. 

Pendeposit hanya dibenarkan mengeluarkan wang beberapa dolar setiap bulan yang jelas tidak mencukupi bagi memenuhi keperluan asas. 

“Dia bukan perompak sebenar. Dia hanya meminta hak sendiri sahaja.

“Sedangkan, golongan pemimpin menghantar berbilion-bilion wang ke bank Switzerland dengan bantuan bank pusat sehingga rakyat dibiarkan menderita,” kata Ghassan Moula di luar bank itu. 

“Tiada sesiapa yang akan mengatakan dia melakukan perkara yang salah. 

“Orang terdesak melakukan perkara terdesak. Kami semua seperti dia termasuk anggota tentera dan polis juga,” jerit Ahmad Yatoum. 

Media Lubnan melaporkan Bassam melepaskan tiga das tembakan amaran ketika dia menyerbu cawangan bank pada pukul 11 pagi, Khamis lalu, dan mengugut untuk membakar premis tersebut. 

Lelaki itu akhirnya menyerah diri kepada pihak keselamatan selepas berunding selama tujuh jam dan semua tebusan dibebaskan dalam keadaan baik. 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.