Sukar dapat alat ganti, juruterbang Russia diminta kurangkan guna brek pesawat

Sukar dapat alat ganti, juruterbang Russia diminta kurangkan guna brek pesawat

PESAWAT Aeroflot milik Russia mendarat di Lapangan Terbang Brussels di Zaventem, Belgium.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW: Juruterbang syarikat penerbangan Russia diminta kurang menggunakan brek ketika mengendalikan pesawat bagi mengelakkan risiko alat itu haus dan lusuh, susulan alat ganti semakin berkurangan akibat sekatan ekonomi barat.

Memo dalaman dari empat syarikat penerbangan Russia memberi arahan tersebut kerana bimbang banyak pesawat sedia ada hanya mampu bertahan lima tahun lagi sebelum kehabisan alat ganti.

Syarikat penerbangan Russia bermati-matian mencari pelan alternatif menguruskan pesawat yang kebanyakan dikeluarkan oleh Airbus dan Boeing yang berpangkalan di Toulouse dan Virginia, sebelum perjalanan komersial udara di Russia terhenti.

Saluran Telegram Aviatorshina melaporkan, S7 Airlines menasihati juruterbang menggunakan tujahan enjin undur dan bukan brek serta mengelakkan mod brek automatik jika landasan cukup panjang.

Juruterbang juga perlu mengelak daripada menekan brek dengan kuat bagi mempercepatkan proses pendaratan dan memberi laluan kepada pesawat lain.

Naib Presiden Kesatuan Sekerja Anak Kapal Udara Russia menerusi laman web Ridus berkata, arahan tidak atau mengurangkan penggunaan brek tidak menjejaskan aspek keselamatan dalam apa cara sekalipun.

“Jika landasan panjang, anda juga mungkin tidak menggunakan brek sama sekali. Pesawat akan berhenti di hujung landasan kerana brek udara, tujahan terbalik enjin dan perkara lain.

“Ia mengenai penggunaan sumber yang rasional,” katanya.

Syarikat Penerbangan Urals, Rossiya dan Pobeda menerbitkan memo sama yang mengarahkan juruterbang supaya ‘memperhatikan polisi sementara kecekapan bahan api yang dapat menjimatkan sumber pesawat’.

Kawalan trafik juga perlu membantu juruterbang dengan memberi mereka slot lebih lama untuk mendarat di landasan.

Laporan tersebut tersebar selepas Russia didakwa tewas dalam perang ekonomi dengan barat sehingga menyebabkan ekonomi merosot teruk dan tidak dapat dibendung.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya