Suami ditahan gubah wang haram, isteri jutawan sukar urus 21 anak

Suami ditahan gubah wang haram, isteri jutawan sukar urus 21 anak

KRISTINA Ozturk mengakui berasa sukar menguruskan 21 orang anaknya dan masih mengharapkan kepulangan suaminya dari penjara. - INSTAGRAM BATUMI_MAMA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TBILISI: Seorang wanita mengakui berdepan kesukaran untuk menguruskan 21 orang anaknya selepas suaminya yang merupakan seorang jutawan ditahan atas tuduhan penggubahan wang haram.

Kristina Ozturk, 25, dari Batumi di Georgia berkata, dia bergelut untuk menumpukan pada perkara yang menggembirakan kerana masih mengharapkan kepulangan suaminya dari penjara.

KRISTINA Ozturk bersama suaminya, Galip Ozturk. – INSTAGRAM BATUMI_MAMA

Lapor Daily Mail, Kristina berkata, kesemua 21 anaknya dilahirkan menerusi kaedah rawatan kesuburan persenyawaan in-vitro (IVF) dan kaedah ibu tumpang.

Dia membelanjakan lebih 168,000 euro (RM755,280) untuk khidmat ibu tumpang antara Mac 2020 dan Julai 2021, selain lebih 90,000 euro (RM404,614) setahun bagi membayar 16 pengasuh untuk menjaga mereka.

Kristina yang mempunyai seorang anak sebelum bertemu dengan ahli perniagaan Turki, Galip Ozturk, 57, yang memiliki syarikat bas Metro Turizm.

Pasangan itu berkahwin dan merancang untuk mempunyai 105 bayi menerusi kaedah IVF namun semuanya terhenti selepas Galip ditahan atas tuduhan penggubahan wang haram dan pemalsuan dokumen pada Mei lalu.

Galip melarikan diri dari Turki pada 2018 selepas mahkamah rayuan menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup terhadap lelaki itu berhubung kes pembunuhan pada 1996.

Ibu kepada 22 orang anak itu mendedahkan menerusi paparan video sedih di Instagram bahawa dia masih mengharapkan Galip pulang dengan selamat.

Malah, Kristina mengakui berasa amat sukar untuk menguruskan akaun Instagram mereka sejak Galip ditangkap.

“Sudah tentu ramai perasaan dengan insiden yang berlaku dalam keluarga kami. Saya berasa amat sukar untuk menguruskan halaman ini.

“Sukar untuk bercakap mengenai beberapa perkara rumah tangga atau kegembiraan apabila semua fikiran hanya menunggu suami pulang ke rumah kami,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.