fbpx

Singapura batalkan penerbangan ke Taiwan

PEMBATALAN penerbangan Singapore Airlines melibatkan jadual perjalanan dari kedua-dua hala.-AFP

SINGAPURA: Singapore Airlines (SIA) dan syarikat penerbangan tambang murah Scoot membatalkan penerbangan ke Taiwan susulan ‘sekatan udara’ ketika latihan tembakan tentera China di sekitar Taiwan kian memuncak.

Lapor Channel News Asia, SIA mengumumkan penerbangan yang dibatalkan melibatkan SQ878 dan SQ879 yang dijadualkan berlepas hari ini.

Jelasnya, pesawat SQ878 melakukan penerbangan dari Singapura ke Taipei, manakala, SQ879 dari Taipei ke Singapura.

“Keselamatan pelanggan dan petugas adalah keutamaan kami. Pihak SIA akan terus memantau situasi dengan dekat dan membuat sebarang perubahan jika perlu,” katanya.

Menurut SIA, penumpang yang terjejas diberikan pilihan membuat perubahan tempahan atau menuntut ganti rugi.

“Bagi tempahan yang dibuat melalui agensi pelancongan atau rakan kongsi syarikat penerbangan, pelanggan dinasihatkan menghubungi ejen pelancongan atau kaunter pembelian bagi sebarang bantuan,” jelasnya.

Sementara itu, Scoot mengesahkan pembatalan penerbangan TR996 (Singapura ke Taipei) dan TR997 (Taipei ke Singapura).

Jelasnya, pihak syarikat juga sudah menyemak semula pelan penerbangan TR899 yang melakukan perjalanan terus dari Lapangan Terbang Narita di Tokyo ke Singapura tanpa perlu transit di Taipei.

Pihaknya juga akan memberikan bantuan kepada pelanggan yang terjejas dan membuat penyelarasan mengikut keperluan semasa.

BERITA BERKAITAN

Menarik di Kosmo!