Seoul dilanda hujan lebat terburuk sejak lapan dekad lalu

Seoul dilanda hujan lebat terburuk sejak lapan dekad lalu

BANYAK kereta rosak akibat tenggelam dalam banjir selepas hujan lebat di daerah Gangnam, Seoul.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Ibu negara Seoul di Korea Selatan dilanda hujan lebat terburuk sejak lapan dekad lalu, sehingga menyebabkan bekalan elektrik terputus, jalan raya dan terowong kereta api bawah tanah tenggelam. 

Hujan lebat yang menyebabkan banjir kilat itu meragut tujuh nyawa dengan ramai dilihat terkandas di beberapa bangunan yang dinaiki air dan terputus bekalan elektrik.   

Rakaman imej yang bertebaran dalam media sosial menunjukkan orang ramai terpaksa mengharungi banjir yang mencecah paras pinggang dan kereta separuh tenggelam di daerah Gangnam. 

Pekerja pejabat di Seoul, Lee Dongha, 27, berkata, dia berada berhampiran stesen Gangnam pada waktu malam ketika hujan turun lebat dengan guruh dan kilat sabung-menyabung dalam tempoh 30 saat. 

“Tiba-tiba, stesen kereta api, bas dan jalan raya tenggelam dalam sekelip mata. Saya segera tempah penginapan kerana tidak mahu terkandas di luar,” luahnya. 

Menurut pihak berkuasa, hujan direkodkan lebih 100 milimeter (mm) selama sejam lewat malam kelmarin, dengan beberapa kawasan lain di bandar terbabit menerima taburan hujan sebanyak 141.5mm. 

Pentadbiran Meteorologi Korea (KMA) berkata, sehingga pukul 5 pagi semalam, taburan hujan terkumpul di Seoul mencecah paras 420 mm dan hujan diramal akan turun lebih lebat lagi. 

Ibu pejabat Pusat Pencegahan Bencana dan Keselamatan mengesahkan lima orang terkorban di Seoul, manakala, dua yang lain di kawasan kejiranan wilayah Gyeonggi, setakat pukul 6 pagi, semalam. 

Empat mangsa dilaporkan maut akibat terperangkap dalam bangunan yang dinaiki air, tiga mangsa ditemukan terkena renjatan elektrik, terperangkap di bawah serpihan struktur perhentian bas dan tanah runtuh. 

Sekurang-kurangnya sembilan orang mengalami kecederaan dan enam yang lain masih hilang. 

Kementerian Dalam Negeri dan Keselamatan memaklumkan hampir 800 bangunan di Seoul dan bandar berdekatan mengalami kerosakan, manakala, 400 penduduk lain diarahkan berpindah. 

Disebabkan itu, ibu pejabat menaikkan amaran krisis kepada tahap tertinggi serta meminta pertubuhan awam dan swasta melakukan pelarasan waktu kerja masing-masing.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya