Rumah tidak cukup, penduduk Ireland terdesak cari tempat tinggal

Rumah tidak cukup, penduduk Ireland terdesak cari tempat tinggal

PENDUDUK beratur panjang untuk melihat sebuah hartanah sewa di Dublin. - TWITTER
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUBLIN: Lebih 150 bakal penyewa sanggup beratur panjang selama berjam-jam hanya untuk melihat sebuah hartanah di Dublin, ketika Ireland dilanda krisis perumahan teruk.

Lapor Daily Mail, satu barisan panjang membabitkan lebih 100 penduduk yang mahu melihat rumah tiga bilik tidur itu, terbentuk di sepanjang Jalan St Brendans di Dublin pada pukul 8.30 malam (waktu tempatan) Selasa lalu.

Dalam masa 30 minit, seramai 50 orang lagi berbaris untuk melihat rumah berkenaan yang menawarkan sewa sebanyak 1,850 euro (RM8,416) sebulan di bandar itu.

Penduduk bernama Conor Finn yang memuat naik rakaman barisan panjang itu di Twitter, memberitahu dia beratur menunggu selama sejam sebelum meninggalkan lokasi tanpa melihat rumah sewa itu.

“Selepas sejam, saya meninggalkan barisan itu kerana ia tidak bergerak atau tidak berpeluang untuk melihat rumah itu.

“Ramai orang masih datang berbaris ketika saya meninggalkan kawasan tersebut,” katanya pada malam kejadian.

Permintaan untuk rumah sewa di Dublin semakin meningkat sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

Memetik laporan laman sesawang hartanah, Daft.ie, kekurangan bekalan kronik meningkatkan harga kediaman sewa di Ireland pada bulan ini, dengan hanya 716 buah rumah tersedia untuk kira-kira 5.1 juta penduduk setakat 1 Ogos lalu.

Sementara itu, Ketua Eksekutif Hartanah Kediaman Ireland REIT (IRES), Margaret Sweeney berkata, pihaknya menerima 600 permohonan untuk melihat 20 kondominium baharu berhampiran pusat bandar Dublin.

Katanya, sebanyak 61 unit itu diduduki sepenuhnya dalam tempoh masa seminggu selepas pemaju menyiapkan projek tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN