Rakyat UK bakal terima vaksin Omicron bulan depan

Rakyat UK bakal terima vaksin Omicron bulan depan

PENDUDUK menerima suntikan vaksin Covid-19 keluaran Moderna di Babington Hospital di Belper pada Disember tahun lalu. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Agensi pengawal selia ubat-ubatan United Kingdom (UK) mengesahkan vaksin Covid-19 baharu bagi melawan varian Omicron, akan digunakan sebahagian kempen vaksinasi negara itu pada musim luruh ini.

Memetik laporan Daily Mail, kira-kira 26 juta orang dewasa dan golongan berisiko bakal menerima dos penggalak itu bermula bulan depan bagi meningkatkan imuniti menjelang musim sejuk.

Pengumuman itu dibuat selepas UK menjadi negara pertama di dunia yang meluluskan vaksin bivalen Moderna yang baharu.

Separuh daripada vaksin Moderna itu adalah untuk melawan virus asal Covid-19 dan separuh daripada varian Omicron BA.1.

Ia berbeza daripada suntikan dos semasa yang hanya berasaskan pada strain pertama dan kurang berkesan terhadap varian yang lebih baharu.

Hasil ujian klinikal menunjukkan vaksin baharu itu berupaya meningkatkan tahap antibodi terhadap varian Omicron sebanyak lapan kali ganda.

Ini juga bermakna golongan mudah terdedah kurang berkemungkinan jatuh sakit teruk atau meninggal dunia akibat varian itu.

Agensi pengawal selia UK menyifatkan vaksin baharu itu sebagai `satu lagi alat dalam gudang senjata’ bagi memerangi virus yang terus berkembang.

Sementara itu, vaksin baharu itu juga didapati berkesan melawan dua subvarian Omicron iaitu BA.4 dan BA.5.

Kempen vaksinasi yang akan dilaksanakan pada musim luruh ini menyasarkan warga Britain berusia 50 tahun ke atas dan individu yang mudah terdedah kepada jangkitan Covid-19.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.