Produk kecantikan tiada permit dari Malaysia dirampas

Produk kecantikan tiada permit dari Malaysia dirampas

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIAU: Puluhan barangan kosmetik dari Malaysia dan China bernilai tujuh juta rupiah (RM2,100) dirampas oleh Bahagian Pengawalan Ubat dan Makanan Tanjungpinang.

Pegawai bahagian itu, Ray Gunawan berkata, kesemua barangan itu didakwa berbahaya dan dijual secara tidak sah di beberapa kedai sekitar Kota Tanjungpinang di Kepulauan Riau.

“Terdapat 87 jenis barangan produk kecantikan yang dirampas menerusi pemeriksaan berkala yang dijalankan.

“Dari sasaran enam klinik dan kedai, kita menemukan tiga lokasi khas yang menjualnya secara tidak sah,” katanya lapor Kompas.com.

Ray berkata, kesemua bahan tersebut dikategorikan tidak sah kerana tiada permit jualan selain berbahaya dan tamat tempoh.

Malah, katanya, terdapat juga produk yang dihalang penjualannya sebelum ini, namun masih terdapat di kedai-kedai tersebut.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN