PM Jepun Fumio Kishida positif Covid-19 - Utusan Malaysia

PM Jepun Fumio Kishida positif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida membatalkan lawatan kerjanya ke Afrika dan Asia Barat selepas diuji positif Covid-19.

Setiausaha Kabinet hal ehwal awam di pejabat perdana menteri, Noriyuki Shikata berkata, Kishida ketika ini sedang menjalani kuarantin selepas mengalami gejala ringan termasuk demam dan batuk.

Memetik laporan Al Jazeera, Shikata berkata, hasil ujian saringan PCR menunjukkan Kishida dijangkiti koronavirus.

“Perdana Menteri Kishida kini sedang menjalani kuarantin di kediaman beliau,” katanya.

Pemimpin berusia 65 tahun itu dijadualkan kembali bekerja pada Isnin depan selepas menghabiskan minggu terakhir percutian.

Kishida tidak akan menghadiri persidangan pembangunan Afrika yang bakal berlangsung di Tunisia pada akhir bulan ini namun akan tetap menyertainya secara maya.

Beliau juga sudah menangguhkan lawatan kerja ke Asia Barat termasuk di Kuwait, Qatar dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN