Pesawat Overture kembalikan penerbangan supersonik

Pesawat Overture kembalikan penerbangan supersonik

SYARIKAT American Airlines bersetuju membeli sehingga 20 buah pesawat Overture. - BOOM SUPERSONIC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Penerbangan supersonik akan kembali tidak lama lagi selepas syarikat membangunkan pesawat itu berharap agar ia dapat membawa penumpang ke mana-mana destinasi di dunia dalam masa empat jam.

Pesawat Overture dibangunkan oleh syarikat Boom Supersonic yang berpangkalan di Denver.

Lapor Daily Mail, Overture mampu mencapai kelajuan hingga 2,092 kilometer per jam (km/j), dua kali ganda lebih pantas berbanding pesawat komersial terpantas.

Ia bermakna masa penerbangan antara Miami dan London menggunakan pesawat Overture boleh disingkatkan daripada lapan jam 45 minit kepada lima jam sahaja.

Malah, perjalanan antara New York dan London juga boleh mengambil masa hanya tiga setengah jam berbanding enam setengah jam sekiranya menggunakan pesawat penumpang biasa.

Ketua Pegawai Eksekutif Boom Supersonic, Blake Scholl mendakwa para penumpang tidak akan mengalami `jet-lag’ lagi memandangkan mereka boleh mengatasi sebarang perbezaan masa.

“Jika penerbangan dari San Francisco ke Tokyo dapat disingkatkan daripada 12 jam kepada enam, maka anda boleh berlepas sehari suntuk kemudian.

“Misalnya, anda berlepas pada pagi Ahad, jadi akan tiba di sana pada petang Ahad iaitu pagi Isnin waktu Jepun.

“Anda boleh mengadakan mesyuarat sehari di sana dan tiba di rumah 24 jam selepas melakukan perjalanan tanpa mengalami sebarang `jet-lag’,” katanya.

Minggu lalu, syarikat American Airlines bersetuju membeli sehingga 20 buah pesawat Overture, selain menempah 40 unit lagi.

Boom Supersonic mendakwa mempunyai pra-pesanan bernilai AS$6 bilion (RM26.8 bilion), dengan Virgin Atlantic yang menempah sehingga 10 pesawat pada 2016 dan United Airlines sebanyak 15 buah tahun lalu.

Operasi penerbangan supersonik ditamatkan pada tahun 2003 apabila British Airways dan Air France berhenti menempah pesawat Concorde.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya