Penyerang Salman Rushdie tidak mengaku salah kali kedua

Penyerang Salman Rushdie tidak mengaku salah kali kedua

HADI Matar ketika tiba di mahkamah bagi menjalani perbicaraan di Mayville, New York. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MAYVILLE: Suspek yang didakwa menyerang penulis kontroversi Britain, Salman Rushdie mengaku tidak bersalah di mahkamah di bahagian utara New York bagi pertuduhan cubaan membunuh dan menyerang mangsa pada minggu lalu.

Menerusi peguamnya, suspek, Hadi Matar, 24, mengulangi pengakuan tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dihadapinya selepas didakwa menyerbu pentas sebelum menikam Salman sebanyak 12 kali di bahagian leher dan perut dalam satu program sastera.

Menurut pendakwa raya, prosiding perbicaraan juri agung itu dilakukan di Mahkamah Daerah Chautauqua.

Hakim kemudiannya memutuskan supaya Hadi ditahan tanpa jaminan dengan mahkamah menetapkan 7 September ini bagi sebutan semula kes.

Sepanjang prosiding berlangsung, Hadi dilihat hanya menundukkan kepalanya.

Keluarga suspek berasal dari selatan Lubnan, namun Hadi dilahirkan di Amerika Syarikat.

Dalam pada itu, Salman kini masih menerima rawatan di hospital selepas insiden itu dan dilaporkan menunjukkan perkembangan positif biarpun mengalami kecederaan parah.

Pemenang anugerah dalam bidang penulisan berusia 75 tahun itu mendapat perlindungan polis selepas pemimpin Iran mahu beliau dibunuh berikutan tindakannya menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW menerusi novelnya yang berjudul ‘The Satanic Verses’ pada 1988.

Namun, Iran menerusi Kementerian Luar menafikan negara itu mempunyai kaitan dengan serangan yang berlaku terhadap Salman.

Sebaliknya, Teheran menyalahkan penulis itu sendiri kerana perbuatannya menghina Islam. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN