Pegawai polis mabuk hilangkan dokumen butiran penjenayah - Utusan Malaysia

Pegawai polis mabuk hilangkan dokumen butiran penjenayah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Seorang anggota polis Jepun yang mabuk sehingga tertidur di tepi jalan dilaporkan menghilangkan sejumlah dokumen mengandungi butiran kira-kira 400 individu termasuk suspek penjenayah.

Media tempatan melaporkan, pegawai polis berusia 49 tahun di wilayah Hyogo itu menghilangkan sebuah beg yang mengandungi dokumen penting antara pukul 11 malam pada Jumaat dan 5 pagi Sabtu lalu.

Antara butiran yang terkandung dalam dokumen itu termasuk nama dan alamat individu berkenaan.

Anggota polis itu dilaporkan keluar minum bersama rakan-rakannya sebelum mabuk dan tertidur tepi jalan bersama beg berkenaan.

Apabila tersedar dari tidur, dia tidak menemukan beg tersebut.

Kes itu bukan yang pertama melibatkan pegawai kerajaan menghilangkan dokumen penting akibat mabuk.

Pada Jun lalu di bandar Amagasaki, seorang kontraktor kehilangan beg berisi USB yang mengandungi data peribadi 460,000 penduduk selepas dia keluar bersama rakannya untuk minum arak.

Bagaimanapun, USB itu berjaya ditemukan semula selepas media membuat liputan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya