Pegawai peluru berpandu Taiwan ditemukan mati di hotel - Utusan Malaysia

Pegawai peluru berpandu Taiwan ditemukan mati di hotel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAIWAN: Seorang pegawai tertingi yang terlibat dalam penghasilan peluru berpandu Taiwan ditemukan mati dalam bilik sebuah hotel akibat serangan jantung.

Agensi berita tempatan melaporkan, Ouyang Li-Hsing ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di sebuah hotel di Hengchun, daerah Pintung, selatan Taiwan pagi ini.

“Pemeriksaan forensik mengesahkan Li-hsing sudah meninggal dunia akibat serangan jantung,” lapor media.

Kematiannya berlaku ketika China melakukan latihan ketenteraan besar-besaran di sekeliling Taiwan sehingga mendapat perhatian pelbagai pihak, terutamanya Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah.

Li-hsing merupakan timbalan presiden di Institut Sains dan Teknologi Kebangsaan Chung-Shan.

Beliau diberi tanggungjawan memantau dan memeriksa pengeluaran pelbagai jenis peluru berpandu. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya