Mangsa dera rakam detik terakhir sebelum mati - Utusan Malaysia

Mangsa dera rakam detik terakhir sebelum mati

TANGKAP layar rakaman video Mandeep sebelum bertindak membunuh diri. - AGENSI  
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Seorang wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga merakam video detik-detik terakhir sebelum bertindak membunuh diri.

Lapor Mirror, Mandeep Kaur, 30 terdesak meragut nyawa sendiri selepas terpaksa menempuh detik hitam menjadi mangsa dera suaminya selama lapan tahun.

Mandeep dari Uttar Pradesh, India menetap di New York bersama suaminya yang kejam dan dua orang anak perempuan masing-masing berumur enam dan empat tahun.

Sebelum bunuh diri, mangsa memuat naik klip video dirinya mendedahkan penderaan dilakukan oleh suaminya yang cuba memeras ugut keluarganya untuk mendapatkan wang mas kahwin tambahan.   

Dalam rakaman video yang tular di media sosial, Mandeep dilihat menangis teresak-esak sambil meluahkan apa yang terbuku di hatinya.  

“Sudah lapan tahun berlalu, saya sudah cuba sedaya upaya, saya dipukul setiap hari tanpa sebab.

“Malah, saya rasa keadaan akan pulih suatu hari nanti, namun tidak kerana dia masih mendera saya dan mempunyai hubungan sulit dengan wanita lain.

“Anda semua bersubahat dan membuatkan saya tidak berdaya. Saya perlu meninggalkan anak dan pergi sekarang,” katanya sebelum menamatkan video yang dikongsi dalam Twitter.   

Mandeep ditemukan meninggal dunia di New York selepas disyaki membunuh diri, 3 Ogos lalu. 

Sementara itu, bapa mangsa, Jaspal Singh berkata, rumah tangga anak perempuannya selama lapan tahun disulami `penderitaan, penyeksaan dan trauma’ serta dia `putus asa’ dan keseorangan semasa detik-detik terakhirnya.    

Katanya, Mandeep sering dipukul oleh suaminya dan pada suatu ketika pernah dikurung dalam kontena lori selama lima hari.

Malah, Jaspal mendakwa anak perempuannya terpaksa membuang air kecil dan besar di dalam kontena terbabit, sebelum suaminya menghantar video kepada kakak mangsa menunjukkan Mandeep sedang membersihkan najis sendiri.

Jaspal kini dalam proses mengambil tindakan undang-undang terhadap keluarga mentuanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya