YEREVAN: Jumlah korban akibat letupan yang berlaku di sebuah pasar borong Surmalu meningkat kepada lima orang dan lebih 60 cedera dengan 19 lagi hilang.
Menurut Kementerian Kecemasan Armenia, operasi mencari dan menyelamat (SAR) masih berlangsung, menyakskan 10 mangsa berjaya diselamatkan dan satu mayat dibawa keluar dari runtuhan.
Letupan itu mengakibatkan kebakaran dan bangunan runtuh.
Setakat ini, pihak berkuasa Armenia belum mengenal pasti punca letupan, namun media tempatan melaporkan, letupan itu mungkin berpunca daripasa sebuah tempat yang menyimpan bunga api.
Sejumlah imej dan video yang dikongsi dalam media sosial menunjukkan kepulan asap tebal menyelubungi kawasan pasar berkenaan dan beberapa bunyi letupan turut kedengaran.
Seramai 200 anggota bomba dan paramedik dikerahkan ke lokasi kejadian, termasuk jentera berat. – AFP